Sabtu, 05 Maret 2011

Hadist Menuntut Ilmu

2.1 Jenis-Jenis Hati

عن ابى هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلىالله عليه وسلم: ان الله تعالى لا ينظروا الى اجسامكم ولا الى صوركم ولكن ينظرو الى قلوبكم.

Daripada Abi Hurairah Abd al-Rahman bin Sahr r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk badan dan paras rupamu tetapi Allah melihat kepada hatimu”.

Di dalam membincangkan mengenai pendidikan hati sebagaimana yang dikehendaki di dalam Islam, maka dengan ini kita perlu mengenal terlebih dahulu jenis-jenis hati yang terdapat di dalam diri seseorang itu sama ada hatinya sihat, mati atau sakit. Oleh itu, terdapat tiga jenis hati yang akan diperkatakan sebagai penilaian kepada kita dalam mendidiknya kearah kebaikan seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

3.1.2. Menuntut Ilmu.

Perkara kedua yang penting di dalam mendidik hati kearah kebaikan ialah hati itu mesti mencintai ilmu. Hal ini kerana menuntut ilmu adalah penting kerana ia akan mengeluarkan seseorang itu daripada kejahilan dan menuju kearah cahaya kebenaran. Selain itu, Allah s.w.t juga mengangkat martabat bagi orang yang menuntut ilmu ini. Firman Allah s.w.t:
يرفع الله الذين أمنوا منكم والذين أوتوا لعلم درجت والله بما تعملون خبير

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu hingga beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Objektif daripada hati yang mencintai ilmu ialah dapat membimbing seseorang itu menjadi hamba Allah yang soleh, mengenal dan mengetahui perkara-perkara yang dihalal dan diharamkan dalam kehidupan seharian terutamanya yang meliputi urusan akidah. Ini kerana kejahilan hati dalam persoalan agama terutamanya dalam bab akidah adalah musuh utama bagi mereka yang inginkan kebenaran. Kejahilan akan sentiasa menimbulkan pelbagai keraguan dan masalah jika tidak di rawat dan ditangani dengan ilmu-ilmu agama yang diambil dari al-Quran dan al-Hadis yang dapat menyelamatkan kita daripada kesyirikan, bid’ah dan khurafat.

Hati yang sihat juga merupakan hati yang dapat menyelamatkan seseorang itu pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah s.w.t:
يوم لاينفع ما ل ولا بنون الا من اتى الله بقلب سليم

“(Iaitu) di hari harta dan anak-anak pinak tidak berguna lagi, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat sejahtera”.

Kewajiban Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ . إِنَّ الاِْنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ .

maksudnya


“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya ( bagi mereka yang melanggar perintah-Nya)"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ . إِنَّ الاِْنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ .

maksudnya


“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .

 maksudnya:
   “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah S.W.T.(dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management